Sekolah ini asalnya merupakan tapak bangunan sebuah sekolah rendah berbahasa pengantar Inggeris. Asalnya dinamakan Sultan Sulaiman English School Bukit Besar, Kuala Terengganu.Sekolah pusat yang pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu. Diasaskan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Terengganu.
21 Mei 1960 – Bangunan sekolah siap dibina dan mula digunakan.
1 Julai 1960 – Sekolah ini dibuka dengan rasminya dan dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB.Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Ketua Penasihat Pelajaran, Pegawai-pegawai Pelajaran, YB. Menteri Besar dan Pengelola Sekolah-sekolah kebangsaan Tanah Melayu.
Sekolah ini telah menempa pelbagai sejarah di era kegemilangannya, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri mahupun kebangsaan.. Pencapaian yang diraih adalah berkat usaha gigih serta kerjasama mutlak semua pihak terutamanya guru-guru dan kakitangan dengan sokongan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah ini.
Sekolah SKPBB juga telah melahirkan dua orang jaguh dunia Formula Future bermula 2005. Kejayaan pelajar ini telah melonjakkan nama SKPBB di persada sukan tanahair.
SKPBB juga pernah menjadi pilihan dua orang anakanda Kebawah DYMM Al-Sultan Terengganu iaitu DYTM Tengku Mohamad Ismail dan YTM Tengku Nur Nadhirah. Pilihan baginda sekaligus menjadikan SKPBB terkenal. DYMM Sultanah Terengganu juga telah perkenan menjadikan SKPBB satu-satunya sekolah naungan Baginda.
Dalam bidang pendidikan, pencapaian sekolah ini juga tidak kurang hebatnya sebagaimana sekolah lain di sekitar. Pencapaian UPSR sentiasa menunjukkan graf menaik. UPSR 2009 seramai 14 orang murid berjaya mendapat 5A. Diharapkan, berkat kerjasama erat semua guru dan kakitangan dapat melonjakkan nama sekolah ini sebaris dengan sekolah-sekolah yang lebih cemerlang dan seterusnya memartabatkan nama SKPBB di peringkat nasional.
2009 SKPBB mula menggunakan bangunan yang baru dibina.
0 comments:
Post a Comment