Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 20, 2010

LIRIK ADAKAH KAU LUPA

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

PIAGAM PELANGGAN

KAMI, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar Bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada Semua pelanggan sebagaimana berikut :-

  1. Berusaha supaya semua kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas dapat peluang belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
  2. Memastikan peningkatan prestasi murid yang berterusan melalui pengurusan sekolah yang berkualiti, kurikulum yang elektif, aktiviti kokurikulum yang menguatkan jati diri, dan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik ,kreatif dan inovatif.
  3. Melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia melalui program yang terarah dan terancang.
  4. Meningkatkan kemahiran guru dan staf sokongan melalui latihan yang releven dan berterusan.
  5. Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran melalui belanjawan berkonsepkan keutamaan.
  6. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah melalui prosedur yang mantap.
  7. Memudahkan urusan berkaitan murid, ibu bapa dan masyarakat dalam tempoh segera.
  8. Menggalakkan permuafakatan dan penglibatan masyarakat dalam proses Pendidikan melalui perantaraan PIBG.
  9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini asalnya merupakan tapak bangunan sebuah sekolah rendah berbahasa pengantar Inggeris. Asalnya dinamakan Sultan Sulaiman English School Bukit Besar, Kuala Terengganu.Sekolah pusat yang pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu. Diasaskan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Terengganu.

21 Mei 1960 – Bangunan sekolah siap dibina dan mula digunakan.

1 Julai 1960 – Sekolah ini dibuka dengan rasminya dan dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB.Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Ketua Penasihat Pelajaran, Pegawai-pegawai Pelajaran, YB. Menteri Besar dan Pengelola Sekolah-sekolah kebangsaan Tanah Melayu.

Sekolah ini telah menempa pelbagai sejarah di era kegemilangannya, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri mahupun kebangsaan.. Pencapaian yang diraih adalah berkat usaha gigih serta kerjasama mutlak semua pihak terutamanya guru-guru dan kakitangan dengan sokongan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah ini.

Sekolah SKPBB juga telah melahirkan dua orang jaguh dunia Formula Future bermula 2005. Kejayaan pelajar ini telah melonjakkan nama SKPBB di persada sukan tanahair.

SKPBB juga pernah menjadi pilihan dua orang anakanda Kebawah DYMM Al-Sultan Terengganu iaitu DYTM Tengku Mohamad Ismail dan YTM Tengku Nur Nadhirah. Pilihan baginda sekaligus menjadikan SKPBB terkenal. DYMM Sultanah Terengganu juga telah perkenan menjadikan SKPBB satu-satunya sekolah naungan Baginda.

Dalam bidang pendidikan, pencapaian sekolah ini juga tidak kurang hebatnya sebagaimana sekolah lain di sekitar. Pencapaian UPSR sentiasa menunjukkan graf menaik. UPSR 2009 seramai 14 orang murid berjaya mendapat 5A. Diharapkan, berkat kerjasama erat semua guru dan kakitangan dapat melonjakkan nama sekolah ini sebaris dengan sekolah-sekolah yang lebih cemerlang dan seterusnya memartabatkan nama SKPBB di peringkat nasional.

2009 SKPBB mula menggunakan bangunan yang baru dibina.

INFRASTRUKTUR SEKOLAH


KEMUDAHAN FIZIKAL:

• BILIK DARJAH
• MAKMAL KOMPUTER
• MAKMAL SAINS
• BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
• BILIK PSV
• BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING
• BILIK SAL
• BILIK MUZIK
• BILIK PEMULIHAN KHAS
• PUSAT SUMBER
• BILIK BOSS
• BILIK RAWATAN
• BILIK TEMUJANJI / HARI PELANGGAN
• MINI DEWAN
• BILIK KESELAMATAN
• BILIK J-QAF
• BILIK GURU
• BILIK MESYUARAT
• BILIK PEPERIKSAAN & PENILAIAN
• BILIK PPDA
• BILIK PPSMI
• PRA SEKOLAH
• KELAS PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS
• PADANG
• KANTIN
• BILIK RMT
• BILIK KOKURIKULUM